Tahun lalu (12 Julai 2014) saya bertemu beliau, Adik yang berbaju biru tu Yusof namanya. Dalam keramaian kanak-kanak di Surau Kg. Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan, saya menyuruh beberapa adik-adik yang berdekatan saya untuk menulis nama penuh dan apa pekerjaan yang mereka mahu kerjakan nanti. Matlamat utamanya saya mahu lihat bagaimana anak-anak orang Asli ini dapat menulis dan mengeja dengan baik.

Alhamdulillah, mereka pandai menulis dan mengeja dengan baik!

Ada diantara mereka yang mahu menjadi bomba, pemain bola sepak, doktor, jururawat dan penyayi rock.

Yusof memilih untuk menjadi Polis, bila saya tanya kenapa dia hanya ringkas menjawab kerana mahu menolong orang. Inilah dunia kanak-kanak, dunia mencipta mimpi tentang apa yang ingin dicapai suatu hari nanti.

Mimpi adalah sesuatu yang indah. Indah di dunia khayalan, namun mimpi juga punya kuasa besar, kuasa yang menggerakkan. Yang penting dari mimpi itu kita bangunkan kesedaran untuk mencapai cita-cita yang dimimpikan.

Selesai aktiviti menulis, mereka menunjukkan kepada saya beberapa permainan yang selalu mereka mainkan, permainan itu juga yang menjadi antara ikutan saya sewaktu kecik-kecil. Apalah nasib mereka untuk dibandingkan dengan anak-anak remaja hari ini. Anak-anak bandar hari ini sudah dididik melalui gadjet-gadjet canggih. itu pun bukan semuanya berkesan. Walhal penyakit gila bermain games menjadi penyakit.

Saya mengharapkan anak-anak orang Asli Kg. Kuala Lah, Gua Musang Kelantan mendapat pendidikan yang baik. Rajin belajar (sebolehnya mereka perlu mencipta mimpi yang besar sebagai asas semangat untuk menapak jalan-jalan seterusnya.

dsc06082
gambar oleh Instagram @asri_yussof

Jika pendidikan yang diterima baik, maka dengan mudah dan bijaknya mereka akan mencari siapakah Tuhan mereka dan apakah jalan untuk menuju Tuhan yang mereka bakal mempercayai. Asasnya pendidikan.

Ditulis oleh: Asri Yussof

Instagram , facebook , twitter , website , tumblr , blog photography

Advertisements