U-Wei Hj Saari, merupakan seorang pengarah yang cukup berpengalaman di Malaysia dalam menghasilkan mutu filem yang berkualiti. Setiap filemnya mempersembahkan idealisme beliau yang mendalam kepada penonton.

Baca juga tentang filem ‘Hanyut’ arahan U-Wei yang tertangguh tayangannya di Malaysia

Sofia Jane menjawab soalan peminat yang menungguh filem Hanyut ditayangkan

 

Jogho ialah sebuah filem kemasyarakatan arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 28 Mac 1999. Filem yang dibintangi teraju utama Khalid Salleh dan Normah Damanhuri ini meraih anugerah Filem Terbaik dan empat anugerah lain di Festival Filem Malaysia ke-14 iaitu pengarah terbaik, pelakon lelaki terbaik (Khalid Salleh), lakon layar terbaik (U-Wei) dan poster terbaik.

Baca juga Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia Ke-27

 

Jogho mengisahkan tentang Mamat, penduduk asli Kelantan, Malaysia, tapi ia telah meninggalkan Malaysia bertahun-tahun dahulu untuk bergabung dengan saudaranya Lazim di Selatan Thailand dalam rangka untuk meneruskan membuat hidupnya sebagai pelatih pertempuran lembu jantan (Jogho). Aktiviti budaya ini telah dilarang di Malaysia tapi ianya terus dimainkan di Thailand.

Mamat dan Lazim adalah pemimpin di sebuah desa kecil yang sebahagian besar bergantung pada memenangi wang daripada judi bullfights bagi mendapatkan rezeki. Cerita bermula ketika Lazim dibunuh oleh Isa di arena pertempuran lembu jantan. Mamat dan pemuda lainnya berhasrat untuk membalas dendam dan sekali gus menjaga kehormatan kampung mereka.

Anak Isa dan pembantunya Dollah Munduk dibunuh oleh Sani (anak Lazim) dan dua rakannya untuk membalas kematian ayahnya, Lazim. Setelah pembunuhan, mereka bersembunyi dan Mamat ditangkap oleh polis Thailand atas pertuduhan membunuh yang sebenarnnya dibuat oleh Sani dan rakannya. Mamat meninggalkan Minah, isterinya untuk menguruskan urusan rumahtangga, dan juga untuk menjaga lembu jantan milik suaminya. Minah digambarkan berperwatakan seorang yang penyabar, faham perangai suami dan patuh arahan suami walaupun mereka banyak berbeza pandangan dan sering bertikam lidah.

Dia akhirnya dibebaskan pada pagi hari pertempuran lembu selepas diikat jamin oleh Minah. Isa datang ke arena pertempuran untuk membalas kematian anaknya. Isa menembak Mamat tapi tembakan pertama dan tembakan kedua hanya membuatkan Mamat luka di bahu. Mamat menjatuhkan pistol daripada Isa, sekarang beliau memiliki kesempatan untuk membunuh Isa dan membalas kematian Lazim, namun fikiran Mamat yang masih waras sebagai seorang Muslim menolak untuk membalas dendam dengan membunuh. Dia membuang pistol. Tetapi Sani pula mengambil pistol dan terus menembak Isa.

Polis Thailand datang di kawasan pembunuhan, dan Mamat menyerah diri kepada mereka untuk mengambil tanggungjawab atas pembunuhan terhadap Isa yang dilakukan oleh Sani. Walaupun Mamat diambil oleh polis Thailand, kitaran kekerasan dalam masyarakat Melayu terus berlaku.

jogho-1999

Walaupun gagal dari segi kutipan filem, tetapi filem ini menang dari segi kualiti dan banyak memaparkan kritikan sosial terhadap masyarakat. Sebagai pengarah, U-Wei telah melakukan sesuatu yang terbaik dalam penghasilan sesebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel. Ianya diadapatasi dari novel Juara (Jogho), tulisan S. Othman Kelantan.

 

Filem ini begitu bermutu dari segi penghasilan, selain memenangi 5 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-14 pada 7 November 1999 yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh, Perak. Filem ini juga memenangi 4 anugerah di Anugerah Skrin 1999 iaitu filem terbaik, pengarah terbaik, pelakon lelaki terbaik filem, pelakon wanita terbaik filem (Normah Damanhuri), dan 1 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 1998 (Taipei) iaitu kategori pelakon lelaki terbaik.

Advertisements