Lim Swee Tin, anak kelahiran Kelantan, dilahirkan di Bachok pada 26 September 1952. Beliau merupakan penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand. Dalam bidang penulisan, Lim cenderung menulis puisi. Antara karya yang telah diterbitkan ialah “Eva” (1981), “Akrab” (1985), “Menyusur Musim” (1991), “Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), “Masih” (1997), “Sebuah Fragmen Cinta” (1998) dan “Nyanyian Sepi” (puisi dwibahasa, 2000).

Beliau mentakrifkan sastera sebagai sesuatu yang bersifat universal. Universal itu ialah unsur sejagat yang ada padanya yang mencakup segala aspek emosi atau perasaan manusia, hasrat dan aspirasi kehidupan, serta nilai yang disisipkan ke dalamnya.
Di Malaysia, konotasi ‘sastera’ masih lagi dipandang seorang, kerana itulah pengajaran yang diberikan kepada kita sejak di alam persekolahan barangkali. Mengapa tidak, kita diajar bahawa dapat masuk ke kelas aliran sains itu lebih hebat berbanding kelas sastera. Maka, pemahaman berkaitan sastera ini masih lagi begini di mana-mana sekolah pun yang menawarkan aliran sains, sastera dan lain-lain aliran di persekolahan menengah.
Seringkali kita bercakap soal rasis dan seertinya, sehingga lupa bahawa sastera boleh menyatupadukan kita semula. “Keuniversalan karya sastera juga boleh merobohkan tebing pemisah” inilah yang ditulis beliau didalam makalahnya Pemajmukan Sastera: Menjanakan Perpaduan Bangsa yang dibentangkan di Sidang Kemuncak Penulis Malaysia pada tahun lalu yang diadakan di kedah.

Mari kita hayati beberapa bait yang dipetik dari sajak Usman Awang “Sahabatku” yang membawa pengisian tentang persefahaman dan bersatu padu dibawah nama Bangsa Malaysia!
Sahabatku,
Suatu bangsa merdeka yang kita impikan
Terasa Masih jauh dari kenyataan
Kemarahanku menjadi kepedihan
Bila kita dipisah-pisahkan
Jarak itu semakin berjauhan
Aku dapat gelarab “bumiputera” dan kau bukan
Bilakah kita dapat memadamkan
Perbezaan keturunan yang kian membakar kita
Dan membiarkan curahan minyak yang kian menyala
Oleh mereka yang sering bermuka dua?
Bilakah semua warga negera mendapat hak
Layanan dan keadilan yang sama
Dikenal dengan satu rupa nama:
Bangsa Malaysia?
Leave a Reply