Novel ini bercerita mengenai Huyan, seorang kanak-kanak yang berhenti sekolah untuk menjual ais krim agar dapat membantu ayahnya menyara dua adiknya yang lain untuk bersekolah. Daripada menjual aiskrim, belliau terlibat dalam penyuludupan beras di dalam keretapi di sempadan Malaysia-Thailand semata-mata untuk mendapatkan untung yang jauh lebih tinggi berbanding penjualan ais krim. Rakan baiknya, Mimpy sering berkongsi cerita kepada Huyan berkenaan minat dan impian, mereka berdua berhasrat untuk bersama-sama mengelilingi dunia dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.

 

Huyan dan Mimpy (terbitan PTS Litera, 2011) atau tajuk asalnya Butterfly and Flowers mengambil latar tempat di Selatan Thailand dengan menggambarkan kehidupan masyarakat muslim di sana. Novel ini ditulis oleh Nippan (nama samaran) atau nama sebenarnnya Makut Oradee, beliau dilahirkan di daerah Thepa di Wilayah Songkhla, Thailand. Karyanya ini siap diteribitkan pada tahun 1977 yang kemudiannya memenangi anugerah hadiah kesusasteraan yang berprestij di Pesta Buku Kebangsaan Thailand.

Pada tahun 1985, novel ini diangkat menjadi filem yang disutradarakan oleh Euthana Mukdasanit. Filem ini menjadi begitu popular di Thailand. Pada 1986 pula, filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan memenangi anugerah Filem Terbaik. Seperti filem-filem lain yang diangkat daripada novel sudah tentu sesebuah filem itu tidak mampu untuk menggambarkan keseluruhan plot dan jalan cerita 100% daripada novel. Kesan pengarahan Euthana Mukdasanit lebih menjadikan novel ini benar-benar hidup, ada beberapa aksi yang ditambah dan plot-plot yang sedikit diubah dari teks asal yang lebih memberi kesan.

Pada tahun 2010 pula, novel ini diangkat menjadi drama TV bersiri di saluran TVThai sekaligus mengembangkan lagi khalayak pembaca buku ini kepada generasi abad ke-21.

Kamu harus faham sesuatu perkara penting dalam hidup ini. Selalunya apabila seseorang melakukan sesuatu untuk orang lain, mereka tidak mahukan apa-apa balasan. Kamu mesti ingat dan renungkannya sentiasa.” Inilah pesan guru Huyan yang terus melekat dalam dirinya dan sudah tentu pembaca karya ini juga.

Mimpy mengajar kita untuk sering membaca agar mengenal dunia yanglebih luas dan berjalan jauh (menggembara). “Berjalan jauh banyak banyak mengajar manusia bagi mengenal dunia.” Kata Mimpy

Karya Nippan ini sarat dengan kritikan sosial, sekaligus ianya membuka minda para pembacanya.

Sahabat baik akan menolong antara satu sama lain apabila mereka saling memerlukan, bila-bila masa sahaja, bagi majikan pula, mereka langsung tidak hairan dengan perkara sebegini. Kita bekerja dengan mereka untuk mendapatkan sedikit wang. Apabila kerja selesai, hubungan pekerja dan majikan terputus di situ sahaja. Bagi mereka, kerja itu lebih penting daripada segalanya. Wang mereka lebih berharga dari nyawa kita.” (hlm 215)

Salah siapakah semua ini? Orang miskin tidak mempu menghantar anak-anak ke sekolah untuk mendapat secebis ilmu. Dia sedar yang anak-anak orang kaya dan anak-anak pegawai itu tidaklah secerdik anak-anaknya. Jesteru, anak-anaknya hanya perlukan peluang. Itulah tujuan utama dalam hidup Punja.” (hlm 218)

Manusia ini tidak ubah seperti seekor ikan, ikan yang kuat dan besar akan mengejar dan memakan ikan yang kecil dan lemah.” (hlm 232)

Advertisements