Siapa sangka, filem yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan penyokong pasukan bola sepak negeri Kelantan, The Red Warriors akhirnya bakal ditayangkan bermula 27 Ogos ini. Inilah antara reaksi orang ramai terhadap filem ini selepas tayangan pratonton dan majlis makan amal tayangan filem ini semalam di PWTC, Kuala Lumpur.

 

Malah ada rakyat Kelantan yang bersungut mempersoalkan, dimanakah mahu menonton Jejak Warriors? Kerana di Kelantan tidak mempunyai panggung wayang.

 

Antara lain peminat yang memberi reaksi yang positif

 

 

FIlem yang bergenre sukan arahan Saw Teong Hin ini, dibintangi oleh Alif Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Fauziah Ahmad Daud, Bell Ngasri, Radhi Khalid, Sabri Yunus, Watie Elite, Husyairi Husain, Amir Raja Lawak, Shuk Raja.

Pemain bolak sepak Kelantan turut sama menjayakan lakonan di dalam filem ini iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.Filem ini turut menampilkan penampilan istimewa bekas pemain bola sepak Kelantan,Indra Putra Mahayuddin,Shakir Shaari dan Mohd Nurul Azwan Roya.

Advertisements