Cik Siti Wan Kembang, Raja Perempuan Kelantan pada tahun 1610 M (1018H) yang mendirikan istananya (bersemayam) di Gunung Chinta Wangsa yang terletak di Ulu Kelantan. Dalam era pemerintahannya, Kelantan sudah penuh dengan saudagar-saudagar dari luar negeri yang datang untuk berdagang di negeri ini, sehingga mashurlah nama ‘Wan Kembang’ iaitu panggilan rakyat kepada Raja Perempuan mereka pada ketika itu.

Baginda amat disukai rakyat dan banyak menerima persembahan dari dalam dan luar negeri. Orang Arab yang datang berniaga dan membawa anjaran-ajaran Islam ke sini memanggil baginda dengan nama ‘Paduka Che Siti’, gelaran ini menjadi lebih terkenal sehingga akhirnya orang-orang Kelantan sendiri menyebut baginda dengan ‘Che Siti’.

 

Suatu persembahan dari dalam negeri yang merupakan suatu sejarah  ialah anak kijang kenchana. Anak kijang ini amat digemari baginda sehingga dijadikan ingatan dan sampai sekarang dijadikan lambang jata kebesaran negeri Kelantan.


 

Rujukan:

Sa’ad Shukri bin Haji Muda, Detik-Detik Sejarah Kelantan, dengan pembaharuan dan tambahan oleh Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh (A.Q.H.A.S), Kota Bharu: Pustaka Aman Press (1971).

Advertisements