Abdul Kadir Adabi pernah bekerja sebagai petition writer dan sering menulis makalah di beberapa buah majalah seperti al-Hikmah, Pengasuh serta majalah luar dari negeri Kelantan seperti Edaran Zaman (Pulau Pinang) dan Saudara. Dalam makalah pertamanya yang bertajuk Permintaan, beliau melontarkan beberapa persoalan untuk difikirkan:

  1. Apakah kewajipan atas tiap-tiap yang bermakalah?
  2. Tak apakah kalau seseorang tidak mengerjakan bagaimana yang ia serukan umat dengan kebajikan?
  3. Apakah asas bagi tiap-tiap kemajuan?
  4. Betulkah seperti sangkaan saya bahawa kemuliaan seseorang itu boleh meluluskan apa kehendaknya?

Dalam pembelajaran kehidupan dan nasib, Abdul Kadir Adabi menulis,

Kita menuntut perubahan nasib, sebab tiap yang lemah, kuat ia, tiap yang kecil, besar ia, tiap yang sedikit, banyak ia, tiap yang rosak, baik ia, tiap yang hina, mulia ia, tiap kehambaan, merdeka ia. Kita tidak boleh terputus asa, dan sebagai tangga untuk merubah nasib ialah dengan ilmu, berani, sabar, berakhlak dan benar.

Dalam isu untuk menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi (seperti kolej atau universiti), Abdul Kadir Adabi menulis sepucuk surat yang bertarikh 20.3.1923 kepada Al-Sultan Kelantan memohon agar Sultan dapat mengusahakan untuk menubuhkan sebuah kolej di negeri Kelantan dan menubuhkan sebuah universiti di tanah Melayu. Juga mendirikan tugu-tugu kebesaran seperti di England dan Perancis.

Pembiayaan untuk menubuhkan universiti, dicadangkan penyelesaian oleh Abdul Kadir Adabi agar memungut wang dari semua pegawai kerajaan dan para pesara yang pendapatannya lebih RM10.00 sebulan, dipotong 5% atau lebih, juga dapat dipungut dari loteri dan cukai kurang 5%. Suratnya dibalas dengan kenyataan yang menghampakan “Belum masanya lagi.”

Polemik tentang persoalan perjudian yang menular teruk dalam masyarakat di negeri Kelantan ketika itu, beliau bertanyakan “Maka bagaimana sebaiknya untuk menghilangkan perjudian ini? Namun tulisan ini tidak diizinkan oleh Majalah Pengasuh untuk diterbitkan dalam majalahnya. Namun apa kiranya ditolak, tulisan ini diterbitkan dalam majalah di luar Kelantan, Edaran Zaman (Pulau Pinang) keluaran pada 20 September 1928 dengan tajuk “Perkara Judi di Kelantan”. Sehingga hal perjudian ini menjadi perbahasan rancak oleh para pembaca Edaran Zaman ketika itu. Sehinggalah akhbar Inggeris Malayan Daily Express juga menulis dan menerbitkan isu ini pada 21 September 1928.

Dalam isu kritik beliau terhadap hal perjudian, beliau diberhentikan kerja oleh kerajaan sebagai petition writer. Kritiknya diteruskan dengan tulisan seterusnya “Tarikh (sejarah) Tiket di Kelantan”.

img_0020
Antara beberpa buah karya novel beliau. kredit https://muhammadismailibrahim.wordpress.com/2014/05/21/karya-karya-abdul-kadir-adabi/

 

 

Advertisements