Beliau mengkritik tentang perjudian yang berlaku di kelantan melalui makalah-makalah yang dibahaskannya di dalam majalah sehinggalah beliau membawa perkara itu ke dalam penulisan novelnya, Ancuman Mahkota. Beliau luahkan pandangannya dengan membina watak Hassan.

Demikianlah Hassan di sebelah teniat Baginda dan dibawa masuklah biri-biri pelagaan itu ke dalam bung oleh juara itu, yang satu masuk melalui pintu kiri yang seekor lagi masuk melalui pintu kanan, di tengah gelanggang itu binatang yang bisu dan makan ala itu berjuang dengan hebatnya. Pasangan pertama ialah di antara biri-biri bernama Kuning Lanas dengan Anak Kabur, tiap satu-satunya undur jauh, kemudian dengan kuatnya berlari-lari menuju ke hadapan menempuh di antara kepala dengan kepala dengan kuat dan dasyat, tempuhan tanduk dengan tanduk itu seperti orang membelah baru, kalau kepala manusia tentu berhamburlah otak-otaknya keluar, setiap kali menghandaskan kepadanya maka gegap gempitalah bunyi tempik sorak manusia. Dalam saat yang ngeri itu, terparasanlah Hassan bahawa yang bertempik sorak itu bukan suara manusia tetapi laungan gergasi ganas dan garang.

Alangkah terperanjatnya, Hassan, rupanya Kuning Lanas itu milik Datuk Perdana Menteri manakala biri-biri yang satu lagi kepunyaan Tengku Jaffar Putera Long Abdul Rahman, Raja Kampung Laut, bahkan Hassan merasa hairan bahawa tidak kurang 17 kali Baginda Long Abdul Rahman bersorak-sorak sekuat merentak-rentak pahanya ke tempat persemanyaman itu, boleh menjadi sama gila dengan orang yang bodoh kerana terpengaruh judi persambungan atau perjuangan biri-biri, apalagi jikalau Baginda di hadapan perjuangan gajah dan melihat binatang itu berjuang, barangkali lupalah baginda akan mahkota kerajaannya.

Dalam isu dunia atau antarabangsa, Abdul Kadir Adabi menulis persoalan mengenai negara Turki (disebut ‘Turki Muda’ atau sebenarnnya dimaksudkan Turki Moden tetapi ditulis ‘Muda’?) selepas tamatnya pemerintahan berlandaskan khilafah. Persoalannya berikut:

  1. Apakah Turki Muda sekarang ini tidak memisahkan agama dari kerajaan dan bangsa, apakah dalilnya?
  2. Apakah yang demikian terbitnya dari surat khabar yang ditulis oleh seteru Turki?
  3. Apakah tujuan golongan Kamal Ataturk memisahkan agama dari kerajaannya, apakah tujuan siasah semata-mata atau kerana semata-mata jahil hakikat Islam sebenarnya?
  4. Apakah siasah baharu itu tidak akan dihalang oleh parti Islam?

Namun dalam tulisanya yang lain bertajuk “Keadaan Yahudi di Turki”, beliau senang dengan keadaan yang terjadi di turki dalam konteks kebangkitan nasionalisme yang menentang pengaruh asing dalam ekonomi, walaupun masih ragu dengan politik Turki Muda. Katanya, orang yahudi telah berpindah ke negeri lain kerana dasar baru kerajaan Turki Muda yang memberi peluang kepada orang-orang Turki sendiri untuk mengotonomi ekonomi.

kadir
(kiri) muka depan antara siri terbitan majalah kencana. kredit http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=2472

Beliau merupakan seorang yang berjiwa perkumpulan (organisasi). Tidak berhasil sesuatu rancangan ini maka dibuah atau dibangunkan rancangan yang baru, itu beliau, yang melihat dirinya perlu diberikan kembali unuk pembangunan negeri dan mencerahkan masyarakat setempat. Pada 1 Oktober 1929, beliau bersama teman rapatnya Asaad Shukri menerbitkan majalah Putera. Majalah ini hidup tidak lama, setahun kemudian (April 1930) beliau menerbitkan pula majalah Kencana untuk menjadi wadah sambungan daripada majalah putera. Strateginya untuk majalah ini, beliau menulis dengan menggunakan nama samaran, iaitu Wok bt. Abdullah jadi tidak kelihatan seolah-olah beliau mengepalai penerbitan majalah ini. Selama 100 bulan sahaja majalah ini dapat bertahan. Kemudian beliau menerbitkan pula buku-bukun novel melalui ‘Kencana Library’ di Kota Bharu.

 

Advertisements