#Idearaya  membawa pengisian forum, syarahan, persembahan seni budaya, tayangan filem, bengkel dan pameran foto. Festival Idearaya bakal berlangsung pada 12 dan 13 September 2015, hujung minggu ini di Laman Budaya, Shah Alam.

Dua syarahan utama akan disampaikan oleh Professor Syed Farid al-Attas dan Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani) yang akan mengupas tentang hak asasi dan falsafah. Sebanyak 7 buah forum akan berlansung sepanjang dua hari program berlangsung yang akan membincangkan mengenai AUKU, Sastera, Isu rakyat Patani di Selatan Thailand, Sejarah Politik, Peranan Aktivis, Kiblat Ilmu Barat? dan persoalan pembangunan di Asia Tenggara.

Kepada peminat filem, beberapa filem yang terpilih bakal ditayang dan dibincangkan sepanjang dua hari program berlangsung. Filem Ying & Summer, Side Glance of Dragon, Glass Man, Bermula dari A, Flower in The Pocket, Kau di Kanan aku Senang, Where I go dan lain-lain. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri acara yang ulung seperti ini.

IDEARAYA-SCHEDULE-03-01

 

Acara yang julung-julung kali diadakan ini digerakkan oleh sebahagian organisasi-organisasi anak muda seperti Buku Jalanan, Frinjan, Universiti Terbukan Anak Muda, The Sponsorship Movement, Kuliah Buku, Pusat Kajian dan Apresiasi Filem, dan Kelab Filem Bangsar.

Sokongan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pembangunan Generasi Muda & Sukan,Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi Selangor membuatkan festival besar ini mampu mencetuskan idea dan gerak daya dalam mengangkat isu-isu terpinggir di rantau asia dalam wacana hak asasi, sejarah, falsafah, budaya, ekonomi/ ekologi.

Anda boleh berkunjung di laman idearaya untuk mendapatkan lebih informasi

Advertisements