Wikipedia memberitahu Urduja adalah seorang puteri dan pahlawan yang menjadi legenda (sekitar 1350-1400 AD) yang diiktiraf sebagai heroin dari Pangasinan, Filipina. Nama Urduja adalah sebutan dari bahasa Sanskrit, dan variasi dari nama “Udaya”, yang bermaksud “timbul” atau “matahari terbit”, atau nama “Urja”, yang bermaksud “nafas”. Urduja disebut didalam catatan perjalanan Ibnu Battuta (1304 – mungkin 1368 atau 1377 M), seorang pengembara Muslim dari Maghribi.

Penyelidikan moden yang dilakukan oleh sejarawan William Henry Scott membuat kesimpulan berkenaan catatan Ibn Batutta terhadap Urduja adalah sebuah fiksyen dan tanah Tawalisi juga adalah rekaan dan palsu. Namun Jose Rizal menyatakan bahawa tanah Tawalisi terletak di bahagian utara Filipina, berdasarkan sangkaannya mengenai masa dan jarak perjalanan Ibnu Battuta mengambil untuk belayar ke China dari Tawalisi.

Namun perbahasan akhir mengenai diri Urduja belum ditamatkan lagi secara sempurna walaupun di wikipedia, ditulis Urduja adalah puteri kebanggaan warga Filipina sehingga Puteri Urduja dimuatkan di dalam buku teks sekolah sebagai seorang dalam senarai list of great Filipinos. Malah Filipina berusaha menanam ‘Urduja’ berasal dari sana sehingga di wilayah Pangasinan di gedung pengadilan di Lingayen dinamakan “Urduja House” dan sebuah patung Puteri Urduja berdiri di Ratus Kepulauan Taman Negara di sana.

1560679_419569358176766_929302268_n

Di Kuala Krai, Kelantan, Malaysia dibangunkan Galeri Kuala Krai pada 03 November 2014 tahun lalu, yang dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan: Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra D.K., S.P.M.K. Galeri Kuala Krai mempersembahkan Puteri Urduja yang berada di Kuala Krai pada ketika kedatangan Ibnu Batuta. Kaylukari yang dicatat oleh Ibnu Batuta disamakan dengan Kuala Krai. Selain itu, galeri mempersembahkan penemuan tapak pemerintahan Urduja di Gunung Cinta Wangsa melalui kajian arkeologi yang dilakukan oleh beberapa individu aktivis sejarah.

Hadiah Puteri Urduja kepada Ibnu Batuta menjadi perkara terperinci yang perlu dikaji untuk meneliti tempat sebenar dimanakah terletaknya Kaylukari, Tawalisi. Beras, kerbau, halia, lada, lemon, mangga, dan garam adalah produk yang banyak terdapat di Pangasinan dan India.

Ibnu Battuta juga menyebut bahawa Urduja mempunyai beberapa pengetahuan tentang Turki, yang menunjukkan hubungan diplomasi antarabangsa. Di zaman Ibnu Battuta, pengaruh Empayar Turki Uthmaniyyah semakin meningkat di India (mungkin juga di tanah melayu?) tetapi tidak di Filipina. Kes ini yang membuat percanggahan sama ada Urduja sememangnya dari Filipina ataupun tidak? Kes kedua yang membuat sedikit percanggahan tetapi masih boleh mencari penjelasan lain, iaitu Ibnu Batutta memberitahu bahawa dia juga melihat gajah di negeri yang diperintah oleh Urduja. Gajah tidak ada secara asal di Pangasinan, Filipina. Tetapi, penjelasan lainnya adalah gajah masih boleh ditemui di Borneo, dan mungkin ia dibawa ke Pangasinan pada zaman dahulu sebagai barang dagangan.

Penjelasan mengenai gajah dikuatkan melalui sejarah kapal belayar Melayu-Polinesia (seperti Balangay), seperti yang digunakan oleh orang-orang Bugis purba dan orang-orang yang digambarkan melalui ukiran-ukiran di dalam Borobudur, yang mampu mengangkut kargo berat, termasuk gajah. Malah terdapat gambaran kapal purba seperti di lautan Asia Tenggara mengangkut beberapa gajah untuk perdagangan.

Sememangnnya, perbincangan dan kajian terhadap Urduja di Kuala Krai, Kelantan masih kurang dipopularkan secara meluas di media cetak atau media atas talian (internet). Semoga tulisan pembukaan yang kecil ini dapat dipanjangkan dan dipopularkan pada masa depan agar kajian terhadap Urduja di Kelantan menjadi perhatian orang ramai.

Advertisements