Idea awal penubuhan Nisa’ Book Cafe sejak 2010 lagi, akhirnya berjaya direalisasikan pada 24 Oktober 2015 lalu dengan majlis pelancaran pembukaan Nisa’ Book Cafe secara rasmi di tingkat 1, Medan Usahawan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV oleh YAB Menteri Besar Kelantan.

Idea yang tertunda sejak 2010 itu disegarkan semula pada 2014 oleh kepimpinan baru Pertubuhan Nisa’ Kelantan sehinggalah ia diterjemahkan dengan tersergam indah Nisa’ Book Cafe yang boleh sesiapa sahaja kunjungi termasuk para lelaki, setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang kecuali pada hari ahad. Pada jumaat, ia akan ditutup sementara untuk memberi laluan kepada solat jumaat dari pukul 12.30 sehingga 2.30 petang.

12187769_539678036195902_3086265908063393771_n

YB Senator Khairiah Mohamed, Pengarah projek Nisa’ Book Cafe (NBC) ketika ditemubual memberitahu konsep NBC ini melangkapi perpustakaan santai, i-library, pusat saiber, interaksi sosial dan i-cafe. Beliau mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke NBC untuk membaca, perbincangan berkumpulan, sambil boleh membeli makanan dan minuman yang disediakan di cafe serta boleh mengakses wifi berkelajuan tinggi. Beliau ingin melihat membaca menjadi suatu budaya dalam masyarakat kita, tambah beliau “Pastikan dalam beg sentiasa ada buku, supaya kita kemana-mana, bila ada masa luang sikit boleh kita belek dan baca.”

DSC08053
Dekorasi raung dalam Nisa’ Book Cafe

Nisa’ Book Cafe adalah projek komuniti yang ingin memberi fokus kepada remaja dan belia. Kita juga boleh turun tangan bersama didalam komuniti ini bagi sama-sama membantu NBC dalam penyediaan bahan bacaan, melalui Projek Wakaf Buku untuk kegunaan bersama di sini. Buku yang ingin diwakafkan boleh terus diserahkan di NBC. Pertubuhan Nisa’ Kelantan juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang dana bagi menggerakkan NBC dari masa ke semasa melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad, 03102010012681. Ikuti perkembangan Nisa’ Book Cafe di laman facebook dan instagram.

Nisa’ Kelantan juga mempunyai pelbagai aktiviti dan program khas buat golongan wanita, yang boleh diikuti melalui facebook. Nisa’ Circle memang menjadi tumpuan orang ramai, jangan lupa hadiri nanti!

Advertisements