Star Wars menjadi trending nombor satu di seluruh dunia dengan kemunculan episod terbaru pada tahun ini, 2015. Apa yang menarik di negara kita, melalui persembahan seni tradisional Wayang Kulit, anak muda yang dipinpim oleh Tintoy Chuo telah mempersembahkan Star Wars dengan bentuk pepatung-pepatung yang sering kita perhati dimainkan dibelakang tabir kain putih. (Saksikan video dibawah.)

Kerja-kerja yang diusahakan oleh Tintoy Chuo dan rakan-rakan telah diberi jenama dengan ‘Peperangan Bintang Wayang Kulit.’ Persembahan ‘Peperangan Bintang’ ini sudah merebak di serata tempat, malah di Singapura juga tidak ketinggalan. Hal ini telah memberi nafas baru terhadap fahaman kita mengenai Wayang Kulit, lebih lagi dari itu, sebenarnya ia telah memahat sejarah yang akan diperhati, direnungi dan dikaji semula pada masa akan datang, sudah tentunya.

Memerhati kedalam diskusi kebudayaan, wayang kulit masih boleh berdiri kembali dengan adanya orang-orang seperti Tintoy Chuo dan rakan-rakan. Melalui nafas baru yang digarap ini, ia masih boleh diterima dalam kalangan pelbagai generasi dan sudah tentu juga kita mengharapkan sokongan yang lebih tinggi dari kalangan anak muda agar kebudayaan sebegini tidak mati ditelan zaman, maka ‘ijtihad-ijtihad’ baru seperti ini sangat diperlukan untuk dipersembah dan dibangunkan dengan baik kedalam masyarakat kita pada hari ini.

Star Wars (“Perang Bintang”) adalah sebuah nama gabungan enam filem cereka sains yang diarahkan oleh George Lucas dari Amerika Syarikat. Siri filem ini bermula pada tahun 1977 dan yang terakhir pada tahun 2005. Semenjak siri ini dihasilkan, filem ini telah menjadi sebuah fenomena budaya dan menghasilkan banyak penghasilan filem, buku, permainan, siri televisyen dan banyak barangan perniagaan lainnya. Pada tahun 2005, majalah Forbes menganggarkan bahawa hasil perdagangan yang berasaskan Star Wars dalam masa 28 tahun ini, telah mencapai hampir US$20 juta. Dengan ini, secara perdagangan, filem Star Wars boleh dianggap sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah. Cerita tentang Star Wars ini lokasinya berada di luar angkasa dan menggunakan motif-motif cerita arketip yang biasa dijumpai baik dalam cerita cereka sains (science fiction) mahupun mitos klasik. – Wikipedia

Advertisements