Kepada peminat Air Batu Campur, anda tidak boleh lepaskan peluang ini di Kota Bharu Kelantan untuk berkunjung ke kedai makan Azukie yang terletak di Nilampuri.

Kedai Makan Azukie betul-betul berada di hadapan balai polis Nilampuri. ABC dengan harga RM2 sahaja, manakala ABC Special (tambah ais krim) hanya dengan harga RM2.50 sahaja.

Pelbagai minuman yang sedap dengan harga yang sangat murah boleh anda dapati. Kenapa murah? kerana kedainya terletak berdekatan kawasan pelajar. Kolej KIAS dan Akademi Pengajian UM hanya berjalan kaki sahaja.

Selain minuman yang sedap dan murah, pelbagai hidangan makanan yang juga sedap, cepat dan murah. Harga dibawah RM6

Advertisements