Meremang bulu roma baca laporan dari situasi petang ini bila Orang Asal sekitar Gua Musang Kelantan bangkit mempersoalkan hak mereka.

Antara hujah-hujah orang asli sebelum, semasa dan selepas sesi dialog yang terpaksa diadakan semalam, 25 Julai 2016. Kira-kira 30 orang asli dari Lojing (mewakili 10 kampung) menyerbu dan menduduki Pejabat Tanah Gua Musang.

1. Kamu marah bila kami panggil wilayah kami sebagai tanah adat. Tapi kamu tolak permohonan kami walau untuk tanah TOL pun! Walau kami dah duduk situ zaman sebelum British lagi. Kalau kamu luluskan TOL, kami panggil tanah adat kami sebagai tanah TOL. Kalau kamu bagi geran, panggil tanah adat kami sebagai tanah bergeran!

2. Kamu suruh kami patuh undang2. Tapi undang2 kamu yang buat. Sekarang baru kamu bagi data proses kerajaan wartakan kampung kami. Baru proses? Selama puluh tahun kamu memerintah, kamu buat apa? Kamu lindungi siapa? Proses warta dan ukur pun tak panggil kami. Warta tanah ini untuk lindungi kami atau untuk lindungi syarikat2 besar? Kamu kerajaan kepada rakyat atau kerajaan kepada syarikat Singapura, Taiwan, luar dan dalam negeri?”

3. Kamu jangan jual agama kepada kami. Tuhan kamu bukan Allah, tapi kapitalisme. Kamu yang tetapkan siapa boleh tanam sayur siapa yang tidak boleh. Kamu yang tetapkan siapa yang boleh tebang balak, siapa yang tak boleh. Kamu yang tetapkan siapa yang potong tangan, siapa yang tidak. Kamu yang tentukan siapa pencuri siapa yang tidak.

Tuhan kamu bukan Allah, tapi Kapitalisme

4. Jangan heret nabi-nabi sebagai lebih susah dari kami. Kami cabar kamu hidup 24 jam sahaja di tempat kami. Minum air yang kamu kotorkan. Suruh anak kamu minum. Bancuh susu bayi-bayi kamu dengan air dari sungai adat kami. Bawa baju keluarga kamu dan basuh di sungai yang kamu lumpurkan.

5. Kamu lihat surat yang kamu terpaksa janji kepada kami sebab kami nekad bermalam di pejabat ini hingga di tangkap. Kamu akan bawa ke mesyuarat tanah negeri Kelantan yang akan diadakan di Krabi, 27-30 Julai ini. Krabi tu di Thailand.

Mesyuarat tanah negeri Kelantan yang akan diadakan di Krabi, 27-30 Julai ini. Krabi tu di Thailand

Kenapa tak tiru macam nabi yang kamu kata susah itu? Buatlah mesyuarat di kampung adat kami. Di sungai adat kami. Di hutan adat kami. Kamu takut minum air yang kamu kotorkan ke? Yang racun2 mengalir di dalamnya? Kamu takut nyamuk ke? Sejak bila penghisap darah takut nyamuk? Kamu takut pacat ke? Sejak bila lintah darat takut pacat?

Berita:

1. Keadaan terkini, pencerobohan sudah sampai kurang 100 meter dari pintu rumah. Sungai sudah cetek dan berlumpur. Sumber air mereka musnah.

2. Penderitaan mereka sudah lama. Setahun lebih yang lalu, mereka mengadu kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM). Dan sejak itu, PSM membentuk organisasi mereka dan memberi sudut-sudut perjuangan yang boleh dibuat berdasarkan politik Malaysia.

Nota: Setiap keputusan organisasi mereka adalah suara majoriti mereka sendiri (pengundian setiap pilihan yang wujud, dan keputusan didokumenkan). PSM hanya pemudah cara.

3. Setelah setahun lebih tiada rundingan dengan mereka (hanya tolak menolak pelbagai pihak seperti bola); sekarang mereka bersedia untuk menduduki Pejabat Tanah Gua Musang sehingga ditangkap, atau diberi jaminan bertulis pada esok, 27hb, satu keputusan diumumkan. Sama ada boleh hentikan kerja-kerja sementara rundingan setiap agensi dibuat, atau tidak boleh hentikan kerja-kerja.

4. Updated pukul 4pm semalam: Pejabat Tanah mengeluarkan surat. Satu keputusan akan diberikan pada 27 hb apabila mesyuarat hal ehwal tanah dibuat di Krabi, Thailand. Pejabat Tanah juga akan datang bersama Jabatan Alam Sekitar bersama wakil OA.


12241270_960996297301361_3070225326780107042_n

Nik Aziz Afiq, adalah Pemuda Parti Sosialis Malaysia

Advertisements