Filem bagus yang sedang ditayangkan sekarang adalah Syurga Yang Tak Dirindukan 2. Filem ini diadaptasi dari novel  karya Asma Nadia dari Indonesia.

2016-02-08-07-17-10-1172247970666613014049128539555n
Asma Nadia, penulis

Kalau sebelum ini kita hanya kenal novel-novel yang bagus dari Indonesia seperti Habiburahman Al-Sherazy, Andrea Hirata, Ahmad Fuadi. Kali ini mari kita kenali karya-karya dari Asma Nadia.

Karya-karya dari Asma Nadia yang menjadi bestseller sudah ada beberapa yang dibawa adaptasi ke filem seperti Assalamualaikum Beijing! Dan Syurga Yang Tak Dirindukan. Apabila kedua-dua novel ini diadaptasi menjadi filem, kedua-duanya menjadi box office.

Syurga Yang Tak Dirindukan (1) yang ditayangkan pada tahun 2015 yang lalu telah menerima tontonan di seluruh panggung wayang indonesia seramai 2 juta orang.

Filem ini mengetengahkan tentang konflik rumahtangga dan isu poligami. Dalam filem pertama, konflik antara Pras, Arini dan Meirose lebih menonjol dan epik, manakala untuk filem kedua yang masih sedang ditayangkan ini bersifat menjernihkan suasana dan pengakhirannya sangat menyentuh hati semua penonton.

surga-yang-tak-dirindukan-2-poster-408x600Rata-rata memberi komen, filem ini membuatkan mereka tidak hent-henti untuk menangis dan mendalami sendiri perasaan Arini dan Meirose dalam filem itu.

Tapi kita terfikir, bagaimana rakyat Kelantan ingin menikmati kisah ini tanpa terwujudkan panggung wayang? Sedangkan filem yang bagus isinya dan bagus lakonannya tidak dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Kelantan (Kecuali mereka yang menonton di luar negeri).

d6f811fd0c668b06401e12f22b91eabb_xl
Paragon Cinema dikatakan akan dibuka pada Julai 2016 tetapi penantiannya ibarat bulan jatuh ke riba.

Sedar atau tidak rakyat Kelantan sudah terlepaskan peluang untuk menonton banyak  filem-filem yang bagus dari luar atau dari dalam negara kita sendiri seperti Ola Bola, Reda dan Terbaik dari Langit.

Berhujah dengan “kita sudah boleh mula menonton filem di Astro First” adalah suatu hujahan yang dangkal dan tidak mengenal estetika seni yang ada pada filem apabila ditonton di panggung wayang.

Semoga ada wakil di dalam kerajaan yang faham erti seni dan estetika yang boleh membuka mata banyak pihak di dalam Kerajaan yang membenarkan panggung wayang diwujudkan di Kelantan.

Advertisements